Cukai terhadap keahlian Netflix anda

Sejarah pengebilan anda serta harga dan cukai yang berkenaan untuk langganan anda boleh dilihat dalam sejarah pembayaran pada halaman akaun anda.

Berikut ialah jawapan bagi soalan lazim tentang cukai terhadap keahlian Netflix anda.

Kadar cukai mungkin berbeza-beza mengikut negara, negeri, kawasan dan bandar, serta berdasarkan kadar yang dikenakan pada masa caj Netflix anda. Amaun ini mungkin berubah dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan cukai tempatan.

Invois Netflix anda menyenaraikan caj Netflix anda dan cukai yang berkenaan. Anda boleh mendaftar masuk ke Akaun anda dan mengikut langkah ini untuk melihat dan mencetak invois.

Cukai ini berbeza-beza mengikut negara dan bergantung pada peraturan tempatan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, cukai VAT atau GST termasuk dalam harga Netflix yang diiklankan di negara yang mengutip cukai tersebut.

Lihat pelan yang tersedia dan harga.

Atas sebab privasi, kami tidak mengumpulkan maklumat ID cukai peribadi semasa pendaftaran, jadi maklumat tersebut tidak disenaraikan pada invois Netflix anda.

Netflix adalah untuk kegunaan peribadi dan tidak boleh dituntut sebagai perbelanjaan peribadi atau perniagaan, seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan kami.

Artikel Berkaitan

OSZAR »